Saturday, August 1, 2009

ISA bukan nak glamour tp harus ditentang.

Aku bukan suka sangat berpolitik nih, tapi kalau dah pandangan yang aku rasa menyakitkan hati dan mata aku, mesti aku nak balas.

semalam aku buka you tube, terdengar ceramah ustaz shahrir long, ini adalah intipati cermah beliau yang aku tambah garam and gula sikit;

ini adalah perlembagaan perseketuan

5(3) apabila seseorang itu ditangkap dia hendaklah diberitahu seberapa seberapa segera kenapa dia ditangkap.
Dan hendaklah membenarkan dia yang ditangkap ini dibenarkan untuk mengambil pengamal undang-undang untuk membelanya.

ISA tidak membenarkan pesalah mengambil pengamal undang-undang. ini ZALIM.

4(1) the supreme law of this country is THE federal constitution.
Mengapa FC membenarkan pesalah mengambil peguam, tetapi tidak di kes ISA. ini adalah alasan utama mengapa ia ditentang.

ISA masih dibawah supreme law

10.1A Setiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.
Demo tak salah, tapi susah sgt nk dpt permit, cuba bg konsert, lepas jer. tempat pengamal maksiat.

apa itu hikmah, karang ada yang kata mesti berhikmah. Hikmah bkn lemah lembut. surah an-nahl ayat 16; serulah manusia kejalan allah dgn hikmah. tafsiran mengikut tafsir pimpinan ar-rahman, cetakan rumi m/s 668. hikmah ialah penjelasan yang tepat dan betul berdasarkan dalil dan bukti berdasarkan yang menerangkan kebenaran dan menghapuskan kekeliruan.

seingat aku undang-undang ISA ditubuhkan kerana Tun Abdul Razak ingin mengekang komunis di tanah malaya pada ketika itu.

salam.

No comments:

Post a Comment